Saturday, June 6, 2009

2009 Audi TT RS



Audi sekali lagi menghasilkan enjin 5 silinder untuk kereta sport keluaran mereka, sesuatu yang istimewa kerana jarang sekali Pembina kenderaan menghasilkan enjin jenis ini untuk kenderaan keluaran mereka, mungkin yang selalu kita dengan enjin 4 silinder, V6 atau 6 silinder sebaris.
Bukan asing sebenarnya bagi Pengeluar kenderaan dari jerman ini menghasilkan kenderaan yang menggunakan 56 silinder pada model sport mereka, model paling terkenal yang menggunakan jenis enjin ini ialah pada Ausi Quattro yang dilancarkan pada tahun 1980, menggunakan enjin 5 silinder turbocharger 2.1 liter menghasilkan sejumlah 200 kuasa kuda, dan 4 tahun selepas itu Audi sport Quattro pula dilancarkan dengan enjin yang dimajukan lagi dari aktiviti sukan bermotor mereka , menghasilkan sejumlah 306 kuasa kuda.
Selama 25 tahun Audi menggabungkan enjin jenis turbocharger dengan sistem pacuan semua roda “Quattro” untuk menghasilkan kenderaan sport yang bagus.
Enjin yang berkapasiti 2.5 liter turbocharger suntikan terus ini menghasilkan sejumlah 340 kuasa kuda dan 331,90 lb-ft tork, satu penghasilan tenaga yang cukup mengkagumkan, membolehkan Audi TT-RS ini beraksi hebat, tambahan lagi dengan system pacuan semua roda Quattro dan casis yang berprestasi tinggi, enjin baru ini menjadikan kereta kompak ini sebagai sebuah kereta sport yang lebih hebat.
Nisbah kuasa kepada berat juga amat hebat, untuk TT RS versi Coupe yang seberat hampir 1,450 kilogram, nisbah kuasa kepada berat yang dihasilkan adalah 4.3 kilogram untuk setiap 1 kuasa kuda yang dijana enjin ini, manakala bagi versi roadster pula, nisbahnya ialah 4.4 kilogram untuk setiap 1 kuasa kuda terhasil dari kenderaan seberat 1,510 kilogram tersebut. Dengan proses pembinaan kerangka dari aluminium ringan, nisbah berat untuk tenaga yang dihasilkan amat mengkagumkan.
Dengan nisbah kuasa kepada berat yang mampu dihasilkan oleh kereta sport ini, maka tidak mustahil bila ia berkemampuan untuk memecut laju, Cuma 4.6 saat diperlukan untuk memecut dari 0-100km/h
manakala versi roadster pula cuma lambat 1/ 10 dari masa yang mampu dicapai oleh versi Coupe tersebut. Kedua-dua model ini mampu mencapai kelajuan maksima sehingga 250 km/h, namun sebagai alternatif Audi boleh meningkatkan kelajuan tersebut kepada 280km/h.
Dan bukan sahaja anda dapat menghayati kecantikan reka bentuk kereta sport ini, dengan kuasa dan kekuatan tork yang terhasil cukup membuat anda teruja untuk terus memandunya, malah bunyi yang terhasil dari muncung ekzos enjin 5 silinder ini juga adalah seolah music klasik audi. Satu dendangan merdu untuk halwa telinga anda.

Selanjutnya...

Link Exchange

Followers

 

Continental Car Copyright 2009 ~ Blog Powered by Iblogger Studio - File Hosting by Ziddu.com - Forum Provider by Freeforums.org